GOTONG - ROYONG MENGERATKAN SILATURAHIM ANJURAN PSAS.


Cerita untuk kali ini pula diluar TECC. Dimana pulak ye? kali ini di kawasan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang telah di anjurkan untuk membersihkan seluruh kawasan PSAS. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di padang PSAS untuk mendengar serba sedikit taklimat dan membuat senaman pagi bersama sama pensyarah PSAS. Walaupun mengantuk kerana awal pagi, kami dapat berkumpul dan berseronok serta dapat menceriakan lagi kawasan institusi kami. Suasana di waktu itu amat menyeronokkan bersama rakan-rakan.


Setelah bersurai dari padang, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas yang diberi. Saya bersama sebahagian rakan kelas saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan EPC dimana makmal ini dilengkapi dengan pelbagai alatan-alatan elektik.

Pada mulanya kami memikirkan ianya akan membuatkan kami letih kerana EPC dalam keadaan yang sangat berhabuk dan tidak tersusun. tetapi apa yang penting? kerjasama. Kami semua berkerjasama memengmas kawasan tersebut dengan jayanya.
Saya serta halim membersihkan meja
Abang halim rajinya

mensusun alatan dengan lebih teratur

"I'm fabulous" Kharul

Rakan dari JKM pun turut membantu kami. Terbaik bro.


Apa yang kami harapkan ialah aktiviti yang kami lakukan ini dapat membantu pelajar PSAS untuk lebih selesa untuk menimba ilmu yang luas ini. Kerana kawasan yang selasa dapat memudahkan kita untuk belajar. Dalam sedar tak sedar, aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kami kerana kita telah berkerjasama walaupun kerja yang kita lakukan itu berat. 

Apa pun korang memang terbaik.


Comments